- PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) KAMPUNG SG. APIN

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) ialah berfungsi sebagai platform komuniti untuk menyebarkan maklumat, menyediakan khidmat nasihat, dan meningkatkan kesedaran masyarakat dalam pelbagai aspek seperti keselamatan, kesihatan, keusahawanan, pendidikan, dan penggunaan teknologi.
NADI Kampung Sungai Apin, Simunjan telah memulakan operasinya pada 1 September 2024 dan adalah dibuka kepada komuniti setempat dan orang awam.
Di NADI, pelbagai aktiviti dianjurkan seperti:
- Sesi ceramah kesedaran.
- Bengkel keusahawanan.
- Saringan kesihatan percuma.
- Latihan teknologi dan digital.
Selain itu, NADI Kampung Sungai Apin juga ada menganjurkan program NADI x Mahir, di mana para peserta akan diberikan perkongsian dan pendedahan berkenaan dengan kemahiran-kemahiran yang disediakan seperti kemahiran memasak, menjahit, foto, pertanian pintar dan baiki gadjet.
2. JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS)

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Malaysia. Ia bertanggungjawab untuk merancang, menyelaras, dan melaksanakan program pembangunan masyarakat, terutamanya di kawasan luar bandar. KEMAS memainkan peranan penting dalam meningkatkan taraf hidup rakyat melalui pendidikan, kemahiran, dan pembangunan komuniti.
KEMAS Kampung Sungai Apin ini terletak bersebelahan dengan pejabat NADI Kampung Sungai Apin.
3. HOSPITAL DAERAH SIMUNJAN

Hospital Daerah Simunjan ini terletak 17 kilometer dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Sungai Apin.
No. telefon: 082-803 595
4. BALAI BOMBA DAERAH SIMUNJAN

Balai Bomba Daerah Simunjan ini terletak di Pasaraya Daerah Simunjan. Sekiranya warga Kampung Sungai Apin hendak ke balai bomba terdekat ini, mereka akan melalui perjalanan sejauh 12 kilometer.
No. telefon: 082-803 680
5. IBU PEJABAT POLIS DAERAH SIMUNJAN


Untuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Simunjan, mengambil jarak sejauh 14 km untuk sampai ke sana.
No. telefon: 082-803 764
6. SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) SUNGAI APIN


Ini merupakan sekolah yang terdekat dengan NADI Kampung Sungai Apin, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Apin, Simunjan. Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1960 dan merupakan sekolah harian.
Terdapat 12 orang tenaga pengajar dan 81 orang pelajar (Darjah 1-Darjah 6) di sekolah ini. Untuk keluasan tapak sekolah adalah 5 hektar manakala kategori sekolah ini pula adalah SKM B.
Misi sekolah:
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.
Visi sekolah:
Pendidik berkualiti insan terdidik negara sejahtera.