Program Saringan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) – NADI Sungai Apin
Pada 23 Ogos 2025, NADI Kampung Sungai Apin telah menganjurkan Program Saringan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) bertempat di Pusat NADI bermula jam 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.
Program ini dilaksanakan bagi mencari dan memilih pasukan terbaik yang akan mewakili NADI Sungai Apin dalam pertandingan e-Sukan yang akan datang. Ramai peserta belia telah mengambil bahagian, menunjukkan kemahiran, strategi serta semangat berpasukan sepanjang sesi saringan berlangsung.
Penganjuran program ini bukan sahaja memberi peluang kepada belia untuk mengasah bakat dalam bidang e-Sukan, malah turut memupuk disiplin, kerjasama, dan semangat persaingan sihat dalam kalangan komuniti setempat.




