NADI Kampung Sungai Apin

Pada 29 November 2024, atas kolaborasi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Sungai Apin dan NADI Kampung Sampat, Program “Safe & Shield: Keselamatan di Alam Maya” telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Sungai Ladong, Simunjan. Program yang dianjurkan ini memberi tumpuan kepada mendidik pelajar pra sekolah hingga Tahun 6 mengenai pentingnya keselamatan dalam talian.

Sepanjang program, pelajar didedahkan kepada pelbagai ancaman dunia siber dan langkah perlindungan seperti mencipta kata laluan yang selamat, melindungi privasi, serta bijak mengurus maklumat peribadi. Dengan pendekatan yang interaktif dan menyeronokkan, pembelajaran menjadi lebih bermakna bagi mereka.

Para pelajar juga diberikan peluang untuk menyertai sesi kuiz di hujung sesi program untuk melihat tahap pemahaman mereka terhadap perkongsian pihak NADI berkenaan keselamatan atas talian. Secara keseluruhan, para pelajar dapat menjawab kesemua soalan kuiz dan memahami intipati perkongsian keselamatan atas talian dengan sangat baik.

Selain itu, ceramah khas turut disampaikan bagi mendidik pelajar mengenai risiko seperti buli siber dan penipuan dalam talian, manakala ibu bapa turut dibimbing dengan tip berguna untuk memantau aktiviti internet anak-anak mereka.

Program ini menyerlahkan kehebatan kerjasama antara komuniti dan sekolah dalam usaha melahirkan generasi celik digital yang lebih bijak dan selamat di alam maya.

Saringan Kesihatan percuma untuk para guru di SK Sungai Ladong, Simunjan: