NADI Kampung Sungai Apin

Pada 10 Disember 2024, para pelajar Sekolah Kebangsaan Seruyuk, Simunjan telah mendengar perkongsian mengenai program “Safe and Shield: Keselamatan di Alam Maya” dari pihak Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Sekolah Kebangsaan Seruyuk, Simunjan. Cik Amira Jemat, adalah Pengurus NADI Kampung Sungai Apin yang telah memberikan perkongsian tersebut.

Kuiz berkaitan tajuk perkongsian pada hari itu turut diadakan dan para pelajar menunjukkan semangat yang amat luar biasa, di mana setiap daripada mereka ingin turut serta dalam setiap soalan yang telah diajukan. Jawapan tepat dari para pelajar untuk kesemua soalan kuiz tersebut menunjukkan fokus para pelajar yang baik.

Disimpulkan bahawa, program ini telah berjaya mencapai objektif yang ingin dicapai, di mana mampu untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai keselamatan ketika melayari media sosial dan internet. Tidak lupa juga, saringan kesihatan secara percuma untuk para guru juga diadakan.