NADI Kampung Sungai Apin

11 Disember 2025 | Khamis

Pada tarikh 11 Disember 2025, NADI Kampung Sungai Apin telah menerima kunjungan daripada Yang Behormat YB Puan Rodiyah Binti Sapiee bersama dengan Yang Behormat YB Tuan Awla Bin Dris dalam Program Lawatan Yang Behormat YB Puan Rodiyah Binti Sapiee Ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kampung Sungai Apin. Program ini diadakan sebagai usaha memperkukuh hubungan bersama komuniti serta menyokong pembangunan keusahawanan dan digitalisasi tempatan. Pelbagai pengisian menarik turut diadakan untuk seluruh lapisan masyarakat, termasuk Jualan dan pameran produk usahawan, saringan asas kesihatan, Aktiviti e-sukan Mobile Legends: Bang Bang dan Tayangan video Perkhidmatan Pintar NADI. Antara agensi yang terlibat termasuklah, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), TM dan MSD. Program ini telah memberikan impak yang positif bagi mendedahkan atau memberi pengenalan kepada komuniti terhadap kemudahan yang di sediakan oleh NADI Kampung Sungai Apin serta pencapaian yang telah disumbangkan kepada komuniti.