NADI Kampung Sungai Apin

22 Februari 2025 (Sabtu)- NADI Kampung Sungai Apin telah menerima kunjungan dari pegawai Jabatan Penerangan (JAPEN) Simunjan iaitu Encik Hadi, bersama-sama 8 orang ahli Komuniti Madani (KM) dari Kampung Sungai Buloh.

Antara yang dikongsikan dalam taklimat pengenalan NADI Kampung Sungai Apin adalah latar belakang NADI, objektif NADI, perkhidmatan pintar NADI dan juga program-program yang telah dijalankan di NADI Kampung Sungai Apin sepanjang operasi NADI Kampung Sungai Apin semenjak bulan September 2024.

Sesi Q&A juga telah dilaksanakan dalam kalangan komuniti yang hadir. Antara persoalan yang telah diajukan oleh mereka adalah:

  1. Adakah peserta NADI x Mahir akan diberikan sijil?

Ya, peserta NADI x Mahir akan diberikan sijil sekiranya mereka sudah lengkap menghadiri kesemua sesi kelas pada setiap minggu sehingga sesi kelas terakhir.

2. Adakah terdapat bayaran yang dikenakan untuk kesemua kelas yang diadakan di NADI?

Tiada bayaran yang dikenakan untuk kelas-kelas yang diadakan di NADI, kerana kelas-kelas yang akan dijalankan adalah untuk Ahli NADI sahaja dan pendaftaran Ahli NADI adalah percuma.

3. Untuk mereka yang hendak menyertai sebarang kelas anjuran NADI, adakah peserta tersebut ditetapkan had umur?

Bergantung kepada jenis kelas yang akan dianjurkan dan bergantung kepada peserta sasaran.

Hasil daripada kelas pertama JAPEN x Komuniti Madani di NADI Kampung Sungai Apin, telah terjalinnya hubungan antara Komuniti Madani dan juga petugas-petugas NADI, serta terjalinnya kerjasama dalam kalangan pihak JAPEN, ahli Komuniti Madani dan petugas-petugas NADI dalam menjayakan program yang bakal dijalankan kelak.