Pada 26 sehingga 27 April 2025, pasukan Pantong e-Sport telahpun berentap dalam perlawanan bersama pasukan-pasukan MLBB Sarawak yang telah ditetapkan.

Sebelum perlawanan berlangsung, pasukan wakil NADI Kampung Sungai Apin iaitu pasukan Pantong e-Sport telah membuat perlawanan praktis untuk menyusun atur strategi perlawanan mereka yang tersendiri.



Pasukan Pantong e-Sport telah beroleh dua (2) kemenangan dari enam (6) perlawanan setakat ini. Namun begitu, syabas diucapkan kepada pemain-pemain Pantong e-Sport atas kerjasama dan strategi yang padu yang telah diberikan.
Mari sama-sama kita doakan untuk pasukan Pantong e-Sport untuk perlawanan mereka yang seterusnya!