NADI Kampung Sungai Apin

28 Jun 2025, Sabtu – NADI Kampung Sungai Apin telah mendapat jemputan dari pihak Jabatan Penerangan (JAPEN) Simunjan untuk membuat ceramah mengenai Keselamatan Internet dalam kalangan komuniti Ensengai Melayu yang bertempat di Masjid Nurul Huda, Ensengai Melayu.

Intipati dari ceramah Keselamatan Internet dalam kalangan komuniti tersebut adalah perkongsian mengenai jenis-jenis ancaman siber, langkah-langkah perlindungan asas secara atas talian, dan pelaporan penipuan.

Saringan kesihatan secara percuma juga telah dilaksanakan sewaktu program tersebut. Pemeriksaan kesihatan yang dilakukan adalah Indeks Jisim Badan (BMI), bacaan tekanan darah dan tahap gula dalam darah.