NADI Kampung Sungai Apin

5 Januari 2025 (Ahad) – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Sungai Apin, Simunjan telah mengadakan program Mini Hari Bersama Komuniti (HBK). Program tersebut telah dihadiri oleh komuniti dari pelbagai perkampungan. Antara komuniti yang terlibat adalah dari Kampung Sungai Apin, Kampung Selangkin, Kampung Tanjung Harapan, Kampung Pantong Iban, Kampung Pantong Melayu, Kampung Terasi, Kampung Sageng, Kampung Sekendu, Kampung Nanas, Kampung Hijrah, dan turut dihadiri oleh para ketua-ketua kampung, petugas Pejabat Kesihatan Daerah Simunjan serta petugas Jabatan Kemajuan Masyarakat.

Antara aktiviti untuk program ini adalah taklimat pengenalan dan perkhidmatan NADI Kampung Sungai Apin, kata-kata aluan dari ketua kampung. Terdapat aktiviti menarik juga dijalankan sepanjang program ini, iaitu pertandingan mewarna digital, pertandingan gubahan bunga dari bahan kitar semula, cabutan bertuah dan Spin and Win untuk 20 pengunjung terawal!

Selain itu, pameran dari pihak Pejabat Kesihatan Daerah Simunjan dan juga dari pihak Jabatan kemajuan Masyarakat (KEMAS) turut memeriahkan program Mini HBK NADI Kampung Sungai Apin, Simunjan. Pihak Kesihatan Daerah Simunjan juga ada mengadakan saringan kesihatan secara percuma kepada para pengunjung yang hadir pada hari program.

Taklimat dan kata-kata aluan dari Pengurus NADI Kampung Sungai Apin dan Ketua Kampung

Wajah-wajah peserta cilik untuk Pertandingan Mewarna Digital




Pameran Pertandingan Gubahan Bunga dari Bahan Kitar Semula

Aktiviti cabutan bertuah

Aktiviti Spin & Win

Sepanjang program Mini HBK ini berlangsung, NADI Kampung Sungai Apin telah memperoleh sebanyak 83 pengunjung dan 50 ahli baru dalam kalangan pengunjung program.

Kemeriahan dan kegembiraan yang ditunjukkan oleh komuniti yang hadir pada hari program tersebut membuktikan bahawa para komuniti amat menikmati aktiviti-aktiviti tersebut secara tidak langsung mendedahkan kepada komuniti tentang NADI dan perkhidmatan yang disediakan oleh NADI Kampung Sungai Apin, Simunjan.

Dalam menjayakan program ini, petugas-petugas iaitu pengurus dari pelbagai daerah turut turun padang untuk membantu petugas-petugas NADI Kampung Sungai Apin.

Dari kiri: Cik Ummi (Pengurus NADI Kampung Lubok Punggor), Cik Syifa (Pengurus NADI Pending), Pengurus NADI Gedong, Cik Ain (Penolong Pengurus NADI Kampung Sungai Apin), Cik Amira (Pengurus NADI Kampung Sungai Apin), Puan Liyana (Pengurus NADI Taman Indah Landeh), Puan Rafidah, Encik Abdullah (Pengurus NADI Pejabat Daerah Lama Simunjan)