NADI Kampung Sungai Apin

Pada 30 Julai 2025, NADI Kampung Sungai Apin telah menjayakan Kempen Keselamatan Internet (KIS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Punggor, Sarawak. Program ini berlangsung dari jam 10.40 pagi hingga 11.40 pagi, melibatkan murid Tahun 1 hingga Tahun 6.

Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid sekolah rendah tentang kepentingan keselamatan ketika menggunakan telefon pintar dan internet. Antara pengisian utama ialah:

  • Ceramah berkaitan keselamatan internet dan cara mengelakkan ancaman dalam talian
  • Tayangan video kesedaran digital
  • Panduan melaporkan isu kepada pihak bertanggungjawab
  • Aktiviti permainan edukasi yang menyeronokkan

Dengan penganjuran program ini, murid-murid diharap dapat meningkatkan kesedaran digital, kemahiran berfikir secara kritis, serta mengamalkan penggunaan internet yang lebih selamat.

NADI Kampung Sungai Apin komited dalam mendidik generasi muda agar bijak dan beretika di alam maya.