Sekolah Kebangsaan Haji Bujang
6 Ogos 2025 | Rabu
Internet telah menjadi sebahagian daripada kehidupan pada masa kini. terdapat pelbagai ancaman yang boleh berlaku sekiranya tidak diambil cakna terhadap keselamatan di alam maya. Atas kesedaran ini, Sekolah Kebangsaan Haji Bujang telah menganjurkan Kempen Internet Selamat pada 6 Ogos 2025 dengan matlamat memberi pendedahan awal kepada murid-murid tentang kepentingan penggunaan internet secara berhemah, bijak dan bertanggungjawab.
Program ini turut menekankan aspek keselamatan data peribadi, etika komunikasi dalam talian, bahaya siber seperti buli siber, penipuan dalam talian serta langkah-langkah pencegahan yang perlu diamalkan. Melalui ceramah, aktiviti interaktif dan sesi soal jawab, murid-murid diberi peluang memahami realiti dunia digital serta peranan mereka sebagai pengguna internet yang beretika.
Dengan adanya kempen ini, diharapkan generasi muda dapat membina kesedaran yang tinggi mengenai kepentingan menjaga keselamatan dalam talian, seterusnya menjadi warga digital yang cerdas, beretika dan berdaya saing.
✨ “Bijak di Internet, Selamat di Alam Maya.” ✨


