
18 JULAI 2025 (JUMAAT) – NADI Kampung Sungai Apin bersama NADI Kluster Simunjan Asajaya telah melaksanakan Kempen Internet Selamat (KIS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Kadir Gedong.
Sebanyak 100 orang pelajar yang terdiri daripada Tahap 1 (Tahun 1-Tahun 3) dan Tahap 2 (Tahun 4-Tahun 6) telah menyertai kempen tersebut.

Kempen ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada para pelajar mengenai apa itu internet, ancaman-ancaman yang terdapat di internet dan langkah-langkah untuk melayari Internet dengan selamat.


Untuk majlis penutupan, sesi penyampaian saguhati telah turut diadakan bersempena dengan lantikan Ikon K-DAT bagi guru dan juga Ikon K-DAT bagi pelajar yang terpilih.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah, terutama sekali kepada para guru dan juga para pelajar yang telah melibatkan diri dalam Kempen Internet Selamat (KIS) ini.