NADI Kampung Sungai Apin

Sabtu, 18 Jan 2025 – Pihak Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Sungai Apin telah mengadakan kelas membuat tiramisu dengan kerjasama Studio NADI Mahir dan tetamu jemputan, iaitu Cik Sasha, pemilik Cafe ButterBean di Malaysia.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat tiramisu viral by Cik Sasha adalah seperti yang berikut:

Resipi lady fingers:

4 biji telur (Diasingkan kuning dan putih telur)

Gula aising 100g

Tepung gandum 120g

Penyediaan krim cheese:

Krim cheese 500g

Gula 120g

3 biji kuning telur

Heavy cream (Boleh digantikan dengan susu full cream)

Untuk kelas membuat tiramisu viral ini, petugas-petugas NADI Kampung Sungai Apin juga turut serta. Petugas-petugas telah mengambil inisiatif untuk membuat lady fingers sendiri, iaitu lady fingers from scratch kerana inginkan kelainan dan lebih berinovatif.

Seterusnya adalah sesi untuk menyediakan dan membuat krim cheese. Setelah siap krim cheese tersebut, lady fingers dan krim cheese akan dilapis secara berselang-seli. Jumlah lapisan yang hendak dilakukan adalah bergantung kepada pembuat.

Ayakan koko pula diteruskan sebagai finishing tiramisu.

Sesi merasa tiramisu dari peserta-peserta kelas membuat tiramisu

Alhamdulillah, nampak gayanya resipi tiramisu viral air tangan petugas-petugas NADI Kampung Sungai Apin telah di approved oleh para peserta yang terlibat.