7 September 2025 | Ahad
Pihak NADI Sungai Apin, Simunjan telah menganjurkan Program Khas Merdeka & Hari Kebangsaan 2025 bertempat di NADI Sungai Apin, Simunjan. Objektif utama program ini adalah bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotisme dan perpaduan nasional, di samping menjadikan NADI sebagai pusat interaksi sosial, pendidikan dan digital rakyat. Selepas itu, pelbagai aktiviti menarik yang telah dilaksanakan antaranya Pertandingan Mewarna kanak-kanak, Mahir Masak: Hiasan Makanan Sempena Merdeka, E-Sukan: Kelas & Pertandingan dan Tayangan Wayang Pacak Kemerdekaan.
Terima kasih kepada semua peserta dan komuniti yang telah bersama menjayakan program ini . Semoga semangat cinta akan negara terus subur dalam kalangan masyarat.




