22 MAC 2025, NADI KAMPUNG SUNGAI APIN – NADI Kampung Sungai Apin telah menganjurkan Bazar Raya NADI yang bermula pada jam 10:00 pagi sehingga 3:00 petang. Sebanyak 5 orang usahawan yang telah melibatkan diri dalam jualan Bazar Raya tersebut. Antara barang jualan yang dijual oleh para usahawan yang menyertai program tersebut adalah pakaian terpakai, biskut raya, kuih-muih, lemang, kerepek pisang dan bandung, dan juga beg.


Sepanjang berlangsungnya Bazar Raya kami, para usahawan dikunjungi oleh komuniti untuk membeli barangan dan juga makanan yang disukai.




Mari kita lihat keterujaan para pelanggan yang hadir memeriahkan Bazar Raya kami!






Saringan kesihatan secara percuma juga turut diadakan semasa berlangsungnya Bazar Raya NADI kami.




