- Gelanggang Gasing Kampung Sungai Apin, Simunjan


Gelanggang Gasing ini telah ditubuhkan pada tahun 2020, di mana telah beroperasi hampir 4 tahun. Di sini, telah berlangsungnya banyak pertandingan gasing. Salah satu pertandingan yang diadakan adalah seperti yang tertera pada gambar di atas, iaitu Program Explore Simunjan 2023, Pangkah Gasing ketika berlangsungnya Pesta Simunjan pada tahun 2023.
2. Taman Rekreasi Gunung Ngeli (Peninjo), Simunjan

Taman Rekreasi Gunung Ngeli atau lebih dikenali sebagai ‘Peninjo’, adalah salah satu pusat pelancongan yang terkenal di Simunjan, Sarawak. Telah ramai pengunjung dari pelbagai daerah malah pengunjung dari Semenanjung Malaysia juga telah berkunjung di sini. Secara purata, pendaki akan mengambil masa selama 40 minit untuk sampai ke puncuk gunung ini.
3. Air Terjun Wong Muas

Tempat rekreasi ini terletak di Kampung Kepayang, iaitu salah satu perkampungan Iban di Simunjan. Pengunjung akan ke sini terutama sekali apabila tibanya cuti persekolahan.
Di sini, pengunjung boleh berenang, memanggang dan melakukan aktiviti-aktiviti riadah yang lain.
4. Wong Panchor dan Wong Mawang

Wong Panchor merupakan kawasan air terjun di Kampung Mentu, Simunjan. Sekiranya orang Simunjan hendak ke Kampung Mentu, perjalanan mereka akan mengambil masa selama satu (1) jam untuk sampai ke sana. Kawasan pelancongan ini dikatakan mempunyai perjalanan dakian yang mudah, iaitu dengan hanya 45 minit untuk sampai ke kawasan air terjun tersebut.
Sekiranya pengunjung menginginkan perjalanan tambahan yang lebih mencabar, mereka boleh meneruskan perjalanan menuju ke air terjun Wong Mawang pula. Untuk sampai ke Wong Mawang, pengunjung akan meluangkan masa selama 30 minit dari Wong Panchor.