NADI Kampung Sungai Apin

Ikon usahawan di Kampung Sungai Apin adalah dikenali sebagai Wak Chudeng, ataupun nama sebenar Chuding binti Karok.

Beliau merupakan usahawan yang menjual pelbagai jenis kerepek goreng. Antara kerepek goreng yang dijual adalah kerepek pisang, kerepek keladi dan kerepek bandung.

Wak Chudeng berasal dari Kampung Sungai Apin dan dilahirkan pada 1957 (berusia 67 tahun). Beliau merupakan persara penjawat awam di Kemas dan telah memulakan bisnes beliau pada tahun 2019 selepas bersara.

Hasil daripada jualan kerepek goreng beliau yang terkenal, beliau mendapat keuntungan sebulan sebanyak RM 1000.00.