4 Oktober 2025 | Sabtu
Pada 4 Oktober 2025, pihak NADI dengan kerjasama MRIC Healthcare telah menganjurkan program NADI Kesejahteraan Kendiri REACH: Siri Jelajah Sarawak yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta memberi kemudahan pemeriksaan kesihatan kepada penduduk setempat.
Program yang dijalankan dari 9.00 pagi hingga 4.00 petang ini memberi peluang kepada masyarakat untuk menjalani beberapa pemeriksaan kesihatan asas seperti pemeriksaan tekanan darah, kolesterol, tahap gula dalam darah, indeks jisim badan (BMI) serta ruang perundingan kesihatan bagi mereka yang ingin bertanya tentang masalah kesihatan yang dihadapi.
Penganjuran program ini menunjukkan komitmen NADI dalam memupuk kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kesihatan kendiri serta menggalakkan masyarakat menjalani gaya hidup yang lebih sihat dan sejahtera.



