1 Oktober 2025 | Rabu
Pada 1 Oktober 2025, Sekolah Menengah Kebangsaan Asajaya telah menganjurkan Karnival Akademik Tingkatan Enam yang menghimpunkan pelbagai agensi penting termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Yayasan Sarawak serta institusi pengajian tinggi . Karnival ini menjadi platform perkongsian ilmu, kesedaran dan pendedahan kepada pelajar mengenai pelbagai bidang yang berkait dengan keselamatan, pendidikan, serta pembangunan masyarakat.
Dalam karnival ini, NADI tampil sebagai salah satu agensi pempamer utama dengan membuka reruai khas yang menekankan peranan dan inisiatif NADI dalam memperkasa komuniti. Melalui pameran interaktif yang disediakan, pengunjung berpeluang untuk memahami dengan lebih dekat program-program yang dijalankan oleh NADI, maklumat-maklumat terkini termasuk usaha meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan gaya hidup sihat, pembangunan insan serta celik digital.
Reruai NADI menerima sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar, guru, dan masyarakat setempat. Pelbagai bahan informasi, aktiviti interaktif, serta sesi perkongsian pengetahuan telah menarik minat pengunjung untuk lebih mengenali misi dan visi NADI. Kehadiran NADI dalam karnival ini sekaligus memperkukuh imej agensi sebagai rakan strategik dalam membina masyarakat yang berdaya saing, berpengetahuan dan sejahtera.




