8 Ogos 2025 | Jumaat
Pada 8 Ogos 2025, NADI Kampung Sungai Apin dengan kerjasama pihak Sekolah Kebangsaan Seruyuk telah berjaya menganjurkan program Kempen Keselamatan Internet (KIS) 2025 bertempat di Sekolah Kebangsaan Seruyuk.
Program ini dijalankan bertujuan untuk mendidik para murid mengenai kepentingan menggunakan internet secara bijak dan selamat, di samping meningkatkan kesedaran tentang cabaran keselamatan dalam talian yang semakin membimbangkan. Antara fokus utama yang disampaikan ialah cara-cara melindungi data peribadi, mengelakkan penipuan siber, dan memahami etika penggunaan teknologi digital.
Sambutan daripada warga sekolah amat menggalakkan apabila. Lebih membanggakan, semua peserta telah mendaftar sebagai ahli NADI , sekaligus mengukuhkan komuniti digital yang lebih berinformasi dan selamat.
Penganjuran program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada murid dari segi pengetahuan teknologi, malah juga menanamkan kesedaran awal tentang kepentingan menjaga keselamatan diri di alam maya. Program berakhir dengan sesi bergambar bersama guru dan peserta sebagai kenangan.
Dengan adanya inisiatif seperti ini, diharapkan murid-murid di SK Seruyuk akan menjadi generasi celik digital yang bukan sahaja mahir menggunakan teknologi, tetapi juga bijak melindungi diri daripada ancaman siber.


