NADI Kampung Sungai Apin

18 Jun 2025, Sabtu – NADI Kampung Sungai Apin telah mengadakan program Komuniti Madani (KM) bersama Komuniti Madani Kampung Ensengai Melayu dengan kolaborasi pihak Jabatan Penerangan (JAPEN) Simunjan.

Ketika program berlangsung, petugas NADI Kampung Sungai Apin membuat perkongsian kepada ahli KM dan pegawai-pegawai JAPEN mengenai pengenalan NADI dan servis-servis yang tersedia di NADI.

Selesai sahaja perkongsian tersebut, saringan kesihatan secara percuma juga turut disediakan kepada pihak yang terlibat.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli KM Kampung Ensengai Melayu dan juga pegawai-pegawai JAPEN Simunjan yang turut serta program NADI X JAPEN X KOMUNITI MADANI pada kali ini.