
Pada 19 Disember 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Sungai Apin, Simunjan telah mengadakan satu program untuk meningkatkan kesedaran berkenaan keselamatan di alam maya, iaitu program “Safe and Shield: Keselamatan di Alam Maya” di Sekolah Kebangsaan Sekendu, Simunjan. Untuk program tersebut, seramai 50 orang pelajar yang terdiri dari pra sekolah dan Tahun 1 sehingga Tahun 6 yang telah turut serta. Perkongsian tersebut telah dilaksanakan oleh Pengurus NADI Kampung Sungai Apin, iaitu Cik Amira Jemat.








Sepanjang perkongsian tersebut, para pelajar telah memberikan tumpuan yang baik dan juga memberikan penyertaan yang sangat memberansangkan. Di hujung sesi perkongsian, kuiz berkaitan keselamatan di alam maya turut diadakan dalam kalangan para pelajar.
Semasa perkongsian dijalankan, saringan kesihatan secara percuma telah dilaksanakan dalam kalangan guru-guru.

