NADI Kampung Sungai Apin

MAKLUMAT NADI

NADI Kampung Sungai Apin, Simunjan

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) ini ditubuhkan untuk memberi fokus kepada pemberian perkhimatan capaian internet di kawasan luar bandar. Kemudahan capaian internet ini akan dapat dimanfaatkan oleh masyarakat di kawasan sekitar dan membantu melahirkan masyarakat berilmu selaras dengan aspirasi kerajaan untuk merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar.

Bagi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Sungai Apin, telah memulakan operasi pada 1 September 2024 (Ahad). NADI menyediakan pelbagai jenis servis untuk masyarakat setempat. NADI Kampung Sungai Apin telah berjaya mendapatkan keahlian sebanyak hampir 200 ahli setakat Oktober 2024.

Waktu Operasi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI):

Dibuka setiap hari dari 8.00 pagi sampai 5.00 petang kecuali pada cuti umum

MAKLUMAT AM

Kampung Sungai Apin merupakan salah satu perkampungan di Simunjan, Sarawak. Dari segi demografi, terdapat 115 keluarga yang terdiri daripada 310 penduduk.

Penduduk Kampung Sungai Apin secara ratanya adalah berbangsa melayu, melayu bugis dan berbangsa Iban.

Dari segi pekerjaan pula, penduduk Kampung Sungai Apin bekerja sebagai petani (70%), pekerja kerajaan (20%) dan pekerja swasta (10%).

JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK)

Organisasi JKKK Kampung Sungai Apin

PERSATUAN WANITA KAMPUNG SUNGAI APIN

PERSATUAN BELIA