
Pada 18 November 2024, ‘Program NADI Safe & Shield: Keselamatan di Alam Maya’ telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Buntin, Sarawak. Program ini telah dilaksanakan atas kolaborasi NADI Kampung Sungai Apin dan NADI Kampung Lubok Punggor, iaitu atas kerjasama Cik Amira Jemat (Pengurus NADI Kampung Sungai Apin) dan Cik Umiza (Pengurus NADI Kampung Lubok Punggor).
Seramai 89 orang pelajar sasaran yang terdiri daripada pelajar pra sekolah dan pelajar Darjah 1 sehingga Darjah 6 untuk program ini.
Melalui program ini, pihak NADI telah memberi pendedahan dan kesedaran mengenai etika penggunaan internet dan juga keselamatan di alam siber selain mempromosikan kelebihan serta manfaat menjadi ahli NADI.
