
Pada 22 November 2024, pihak Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Sungai Apin telah mengadakan ‘Program Kesedaran Maklumat: Membangun Generasi Berinformasi’ untuk pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Apin. Sasaran pelajar untuk program ini adalah pelajar Darjah 4, Darjah 5 dan Darjah 6.
Untuk sesi pemberian ceramah berkenaan dengan program ini, telah dilaksanakan oleh Pengurus NADI Kampung Sungai Apin, iaitu Cik Amira Jemat.
Program ini dilaksanakan untuk:
- meningkatkan kesedaran murid sekolah rendah mengenai ancaman keselamatan dalam talian
- mengajar murid tentang langkah-langkah keselamatan asas untuk melindungi data peribadi dan identiti dalam talian
- memupuk sikap berhemah dalam penggunaan internet dan media sosial
Kesimpulan daripada berlangsungnya program ini, NADI Kampung Sungai Apin telah mencapai objektif program iaitu, para pelajar menjadi lebih peka terhadap ancaman keselamatan dalam talian, tahu akan langkah-langkah keselamatan asas untuk melindungi data peribadi dan identiti dalam talian, serta mampu untuk memupuk sikap berhemah dalam penggunaan internet dan media sosial.
________________________________________________________________________________________________________________
