✨KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS)✨
📍DEWAN PEMBANGUNAN SEBUYAU

23 September 2025, Selasa – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kluster Simunjan-Asajaya telah menganjurkan Kempen Internet Selamat (KIS) di Dewan Pembangunan Sebuyau bersama sekolah-sekolah di bawah naungan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Simunjan, iaitu melibatkan 302 orang pelajar terdiri daripada sekolah rendah dan menengah bersama 2 orang guru pengiring bagi setiap sekolah.

Kempen ini telah dianjurkan bagi memberi kesedaran kepada para pelajar mengenai ancaman dan tips ketika melayari internet dengan selamat dan bijak.




Sesi soal jawab dan perkongsian dalam kalangan pelajar juga diadakan bagi memastikan pemahaman penuh dalam diri mereka berkenaan topik ceramah yang telah diberikan.



Selain itu, booth Saringan Kesihatan dan MyDigital ID secara percuma turut diadakan sepanjang kempen ini dilaksanakan oleh pihak NADI yang terlibat.



